Kempen fesyen lestari di Malaysia: tahukah anda fesyen lestari telah dipraktikkan sejak zaman sebelum Malaysia merdeka? Written by: Zayana Yazed, Fashion Technologist2124 words, 10 min read Fesyen bukan lagi hanya tentang gaya tetapi juga tentang tanggungjawab terhadap alam sekitar dan masyarakat. Kelestarian fesyen menjadi satu aspek penting dalam era moden ini di mana kesedaran terhadap impak industri fesyen terhadap alam sekitar semakin meningkat terutama nya di Malaysia. Bayangkan berapa banyak pakaian lama yang terbuang dan mencemarkan tanah, sungai dan menghasilkan pemandangan yang comot? Masyarakat Malaysia semakin celik untuk menjaga kecantikan bandar tempat tinggal masing-masing, oleh itu kempen kelestarian fesyen seperti ini semakin mendapat sambutan menggalakkan dari peminat fesyen. Pada 25 Februari yang lalu komuniti sustainable fashion yang diasaskan oleh Najah Onn, seorang Jurutera Alam Sekitar, FASHINFIDELITY telah mengadakan acara “Wardrobes of The Future”, 1 hari yang padat dengan kempen, pertunjukan dan sesi bual bicara bersama pakar industri fesyen dan pemain industri di Sustain.ed, Kuala Lumpur. Acara ini menampilkan konsep yang menarik dan berbeza dari acara fesyen yang lain, dimana pada acara ini terdapat pelbagai stesyen menarik ditampilkan , antaranya reruai (booth) jualan pakaian terpakai dari pelbagai jenama tempatan, dijalankan oleh perniagaan anak tempatan, yang menampilkan konsep yang menarik iaitu consignment concept, stesyen kuiz menarik berkenaan mengenal jenis-jenis tekstil dan stesyen pertunjukan karya natural dye dari kulit bawang dan pelbagai lagi bahan semulajadi dan organic dari Dunia Motif, Ummi Junid. Pengunjung acara ini terdiri daripada peminat fesyen Malaysia, datang dari pelbagai industri, bukan sahaja dari industri fesyen tetapi dari pelbagai latar belakang industri seperti kejuruteraan, sains dan pengurusan acara. Yang menariknya pada acara ini juga telah berlangsung pelbagai bengkel dan perkongsian yang menarik dan unik, dimulai dengan perkongsian sejarah pemakaian sarong dalam Masyarakat Malaysia dan Nusantara. Sarong Styling Workshop by Suzanne Lim and Inna DdinSarong, sehelai kain tradisional yang dililitkan di pinggang, telah menjadi satu unsur kebudayaan yang mencirikan masyarakat di Tanah Melayu. Perkongsian oleh Suzanne Lim dan Inna Din dalam acara Wardrobes of the Future ini, membongkar sejarah pemakaian sarong di rantau ini, merentasi zaman dan menggambarkan pentingnya sarong sebagai warisan budaya yang berharga. Sarong memainkan pelbagai peranan dalam kehidupan masyarakat Melayu. Selain sebagai pakaian harian, sarong digunakan dalam pelbagai acara seperti upacara keagamaan, perkahwinan, dan majlis sosial. Reka bentuk sarong juga berkembang mengikut keperluan dan citarasa setiap kumpulan etnik di Tanah Melayu, menonjolkan corak dan warna yang mencerminkan identiti budaya masing-masing. Sarong batik dan pelikat merupakan pakaian sehari-hari yang selesaterutama dalam iklim tropika. Sama ada untuk berjalan-jalan di pasar tradisional, mengunjungi tempat ibadah, atau sekadar bersantai di rumah, penggunaan sarong memberikan keselesaan dan sirkulasi udara yang baik. Selain itu ianya boleh digayakan sebagai busana formal dalam acara-acara tertentu. Sebagai contoh, di Indonesia, sarong sering kali dianggap sebagai pilihan busana formal untuk menghadiri majlis perkahwinan atau acara formal lainnya. Fakta ini mencerminkan pelbagai cara penggunaan sarong di Malaysia dan Indonesia, menunjukkan fleksibiliti sarong batik itu sendiri dalam pelbagai konteks budaya dan kehidupan harian. Ketika berlangsungnya sesi perkongsian berkenaan pemakaian sarong, peserta berpeluang menggayakan sarong sendiri dengan konsep yang tertentu yang telah diperkenalkan ketika sesi perkongsian ini. Mungkin kita tertanya-tanya adakah generasi kini sesuai memakai kain sarong ketika menghadiri acara-acara pelbagai tema di Malaysia. Nampaknya Suzanne Lim dan Inna Ddin telah memberi nafas baru dalam menanam minat terhadap generasi kini untuk menggayakan sarong, batik Malaysia dan Indonesia yang pelbagai warna bersama pakaian moden seperti blaus dan baju t. Ianya tidak terhad kepada pemakaian baju tradisional sahaja ketika ingin menggayakan sarong. Semestinya idea ini adalah sesuatu yang segar kerana dengan mengaplikasikan pemakaian sarong – fabrik yang diikat di badan dan tidak dipotong-potong – akan membantu dalam proses kelestarian fesyen dan menjaga alam sekitar agar tiada lebihan kain perca dibuang. Sarong juga tidak terhad kepada pemakaian seperti kain dan seluar, sarong atau batik lepas ini boleh digayakan sebagai dress ikat dan dress draping dengan jatuhan yang cantik. Jika tidak cukup sekadar 2 meter, boleh dijahit kepada 3-4 meter untuk dibuat lilitan dress, berani ekplorasi dan berani mencuba, kenapa tidak bukan. |
Details
#FashionEducationAdding substance to the Conscious Fashion chatter. Archives
April 2024
Categories
All
Resources
Read more.. |